06 September 2009

rAmaDaN

Permulaan Al-Quran diturunkan dalam bulan Ramadhan. Umat Islam sangat digalakkan membaca Al-Quran dalam bulan Ramadhan untuk mendekatkan dirinya dengan Allah 'Azza Wa Jalla. Di antara kelebihan membaca Al-Quran ialah ia akan memberi syafaat pada hari kiamat bagi orang yang membacanya. Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Bacalah Al-Quran, kerana la akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafa'at (pertolongan) kepada pembacanya."
( H.R. Muslim dari Abi Umamah )

Tiada ulasan: